Tuesday, March 22, 2011

2002: 1 Dinar = RM240... Sekarang???

Disini sy ingin berkongsi sebuah artikel tahun 2002 yg menunjukkan harga 1 Dinar bersamaan RM240. harga 1 Dinar hari ini lebih kurang RM650. Selamat membaca.

Di awal tahun 2002 ketika Tun Dr. Mahathir menyarankan supaya umat dan negara Islam cuba menggunakan dinar emas sebagai matawang perdagangan antarabangsa, seluruh negara merasakan ini suatu yang baik dan mengharapkan cadangan ini menjadi suatu kenyataan. Beliau menyarankan supaya ditingkatkan kefahaman sistem dwilogam ini sebelum ianya dilaksanakan kerana umat Islam khasnya telah tidak menggunakannya sejak lebih 80 tahun yang lalu. Program pendidikan perlu dilakukan melalui persidangan, seminar, bangkel seterusnya pembentukan kurikulum disekolah dan pusat pengajian tinggi.

Kekurangan pengetahuan mengenai dinar emas akan membawa kepada kurangnya keyakinan kemampuannya sebagai satu sistem matawang alternatif kepada sistem matawang kertas. Pelbagai persoalan dan prasangka seperti dinar emas terlalu mahal, tidak praktikel, emas itu berat untuk dibawa, emas tidak mencukupi, negara pengeluar emas sudah pasti menjadi kaya dan sebagainya.

Semua persoalan ini memang sesuatu yang perlu ditangani walaupun jelas matawang kertas jauh lebih tidak praktikel kerana nilainya sentiasa disusutkan oleh unsur riba yang ada padanya. Apakah praktikelnya wang kertas sedang ura-ura berita kadar faedah hendak dinaikkan di Amerika, semua sistem kewangan kertas kunai kelam kabut. Apakah praktikelnya wang kertas jika ianya mengandungi sesuatu yang dilaknati Allah? Apa praktikelnya sistem matawang dengan riba sedangkan hukum memakan, mengamal dan tidak meninggalkan riba ini lebih berat daripada seseorang itu berzina dengan ibu di hadapan ka’abah (Hadis Sahih)? Bukankah hukum zina itu adalah di rejam sampai mati itu sesuatu perbuatan yang sangat ditegah demi menjaga kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat? Jadi hukum mengamalkan riba ini jauh lebih berat dari itu. Umat Islam mesti sedar bahawa wang kertas ini tidak praktikel bukan sahaja dari kacamata Islam tetapi seluruh masyarakat dunia. Sebab itulah semasa permulaan wang kertas diperkenalkan penentangannya bukan sahaja datang dari umat Islam tetapi daripada paderi, ahli falasafah seperti Aristotle, Pluto dan pemikir barat yang lain. Apakah praktikelnya jika sekeping 1 dolar Amerika kos percetakannya 4 sen US tidak sama dengan sekeping 20 dolar Amerika dengan kos percetakannya juga 4 sen US? Sedangkan jika 1 dinar sekarang ini bersamaan dengan RM240 maka 20 dinar harganya adalah RM4800 (20 kali). Sistem matawang kertas dolar Amerika tidak logik, masyarakat dunia telah dipukau untuk mempercayainya. Persoalan sekarang adakah kita dikalangan orang yang dipukau untuk berterusan menerima sistem wang kertas ini?

Saranan Tun Dr. Mahathir juga supaya diperbanyakkan lagi seminar, bengkel dan penyelidikan bagi merealisasikan pengenalan dinar emas ini perlu disambut dengan baik. Salah satu isu penting dalam pengenalan dinar emas ini adalah keraguan masyarakat mengenai beratnya dinar emas dan kononnya sukar untuk dibawa ke mana-mana. Ramai yang menyuarakan isu ini sebenarnya tidak pernah memegang dinar emas sebab itulah anggapan ini berlaku. Pihak pengeluar dinar emas seperti Royal Mint Sdn Bhd, Islamic Mint Sdn Bhd, IGDExchange, Gold Dinar Research Group dan ISNET, USM dan Dinar-dirham Research Group, UTM seharusnya mempertingkatkan usaha mencari jalan supaya masyarakat boleh melihat dan memegang kepingan wang dinar emas ini. Apakah 4.25 gram emas ini lebih berat daripada 250 keping satu Ringgit Malaysia? Apakah lebih berat daripada 600,000 Rupiah Indonesia dengan 1 dinar? Bagaimana dengan Dinar Iraq, Turki dan lain-lain? Yang pasti nilai wang kertas Afghan jauh lebih berat daripada setengah dinar emas. Walau pun ianya suatu andaian yang kurang tetap, umat Islam mesti tampil untuk mencari jalan supaya isu anggapan dinar emas ini berat dan sukar untuk digunakan dapat di atasi.

Fahaman bahawa kita perlu membawa uncang emas kemerata tempat untuk membeli komputer atau membayar perkhidmatan sudah tidak relevan lagi di zaman teknologi maklumat sekarang ini. Orang kata kita sekarang ini di zaman ICT dan matawang kini bukan berbentuk kertas tetapi dalam bentuk digital dan kad kredit. Sebanarnya kini telah pun ada sistem matawang dinar emas dalam bentuk elektronik. Dinar emas kini beredar melalui internet dengan sistem matawang dinar emas di mana setiap unit dalam dinar elektronik terdapat satu unit dinar emas yang disandarkan. Akan dating sudah pasti akan dibangunkan sistem kad debit (bukan kad kredit) yang berasaskan jumlah dinar emas yang ada dalam akaun.

Sistem matawang yang bersandarkan logam telah dimulakan di dunia barat. Sekarang ini terdapat tiga sistem terkenal yang berasaskan kepada logam berharga seperti emas, platinum dan perak. Salah satu sistem tersebut adalah e-gold.com (www.e-gold.com), sebuah sistem matawang elektronik yang disandarkan sepenuhnya dengan emas dalam bentuk emas bulian. Menurut Umar Ibrahim Vadillo (pengasas dinar emas di zaman moden) sekarang ini terdapat lebih daripada 300,000 pemegang akaun e-gold.com menggunakan e-gold sebagai matawang dalam urusan jual beli melalui internet. Hasil usahasama e-gold.com dengan umat Islam di Eropah, satu sistem baru telah dibangunkan yang dikenali sebagai e-dinar.com (www.e-dinar.com). Konsep yang diguna pakai oleh e-dinar.com adalah sama dengan konsep e-gold.com tetapi mengikut takrifan dinar iaitu setiap unit e-dinar bersamaan dengan 4.25 gram emas yang disimpan atau disandarkan. Emas yang disandarkan adalah dalam bentuk emas bulian. Sistem ini amat baik sebagai asas memperkenalkan penggunaan matawang berasaskan dinar emas tetapi ia menghadapi masalah apabila penyimpan dinar emas ingin mendapatkan wangnya dalam bentuk dinar emas fizikal. Melalui pengalaman, kita didapati e-dinar.com masih tidak berupaya memenuhi permintaan matawang emas fizikal apabila di minta oleh pelanggan dan masa yang diambil untuk menebus atau menukar dari e-dinar kepada matawang tempatan memakan masa yang agak lama.

Malaysia kemudiannya menjejaki perkembangan dinar emas ini dengan memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai igdexchange.com (www.igdexchange.com). Sistem ini telah dibangunkan oleh syarikat IGD Practice Sdn Bhd dan Islamic Mint Sdn Bhd, dua buah syarikat yang terlibat dalam menempa matawang dwilogam dan mempromosi penggunaannya. Konsep yang digunakan adalah serupa dengan apa yang diperkenalkan oleh e-dinar.com tetapi mempunyai nilai sandaran yang tepat. Setiap unit IGD (Islamic Gold Dinar) bersamaan dengan 1 dinar emas (4.25 gram emas 22k) yang telah ditempa dan simpan sebagai sandaran. Sebarang kegagalan mengadakan dinar emas fizikal apabila satu unit IGD dijana, bermakna berlakulah apa yang kita namakan riba sama dengan menjana wang kertas tanpa sebarang sandaran. Siapakah yang memastikan bahawa setiap unit yang dijana dalam Igdexchange terdapat 1 dinar emas yang disandarkan? Untuk memastikan kesahihan ini, IGD Exchange telah memilih Little John Frazier, UK sebuah badan audit professional antarabangsa yang terkenal. Maklumat ini ada diterangkan dalam laman web seperti yang diberikan di atas.

Kredibiliti sebegini amat penting bagi meyakinkan masyarakat umum tentang kewibawaan sistem yang dibangunkan. Akaun dalam IGDexchange boleh dibuka dengan setiap akaun mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 IGD. Pertukaran wang kertas kepada dinar emas dibolehkan dalam beberapa matawang utama dunia termasuk Ringgit Malaysia.
Dengan adanya percetakan dinar emas dan juga sistem pertukaran dinar emas dalam bentuk elektronik, Malaysia kini telah melengkapi salah satu unsur dalam mekanisme utama pelaksanaan sistem ekonomi alternatif bersandarkan dinar emas.

Jika zakat boleh dibayar dengan dinar emas, bagaimana masyarakat miskin yang menerima zakat dalam emas ini boleh menggunakan wang ini untuk membeli keperluannya? Jika ada tempat di mana wang dinar boleh digunakan untuk membeli beras misalnya ini memang sesuatu yang amat baik tetapi buat masa ini kemudahan seperti ini masih belum ada. Jadi penerima zakat perlu menukar dinar emas ke dalam bentuk wang kertas. Apabila dinar emas ditukar dengan pajak gadai atau kedai emas nilainya susut lebih daripada 35%. Jika ini berlaku, orang miskin akan menjadi lebih miskin dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu meknisme untuk menukar dinar emas kepada matawang tempatan dan sebaliknya mesti diwujudkan.

Untuk memudahkan pelaksanaan penggunaan dinar emas, IGDexchange telah menubuhkan wakala di seluruh negara. Apa itu Wakala? Wakala bermakna wakil atau agen. Wakil untuk menyimpan dinar emas fizikal, wakil untuk membuka akaun IGD, wakil untuk menerima pertukaran IGD kepada matawang kertas tempatan atau menukar matawang tempatan kepada IGD, wakil membangunkan sistem perdagangan qirad dan beberapa peranan lain. Inilah beberapa fungsi yang ada pada wakala. Banyak maklumat mengenai perkembangan pelaksanaan dinar emas ini boleh diperolehi dari laman web www.ddrgutm.fs.utm.my atau menghubungi terus zuhaimy@universiti.com.my . Beberapa konsep pelaburan dinar emas juga ada disediakan oleh pihak IGD Practices Sdn Bhd.

Institusi Wakala ini adalah sesuatu yang baru diera moden ini dan kajian terhadap peranan dan pelaksanaannya perlu dijalankan. Siapakah yang boleh menjalankan aktiviti wakala ini? Apakah syarat untuk membuka wakala, berapakah wakala yang ada di Malaysia dan bolehkah dua wakala dibuka di sesebuah taman atau Bandar? Persoalan ini perlu dijawab oleh pihak tertentu bagi meningkatkan lagi keupayaan dinar emas dimiliki oleh masyarakat umum sebagai simpanan, membayar zakat, mas kawin dan pelaburan.

Oleh kerana sudah lebih daripada 250Kilogram emas telah ditempa menjadi dinar emas, dengan setiap kilogram emas boleh menghasilkan 220 koin satu dinar, sudah tentu telah banyak dinar yang dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan jumlah ini terus meningkat (Rujuk IMM). Bagi mereka yang memiliki 20 dinar dan sudah cukup nisabnya perlu membayar zakat sebanyak setengah dinar. Adakah pusat zakat terima dinar emas ini? Perlukan ditukar dari sistem tanpa riba kembali kepada sistem riba sebelum boleh kita melakukan ibadah zakat? Sudah sampai masanya umat Islam dinegara bertuah ini mempertingkatkan usaha supaya zakat boleh dikeluarkan dalam bentuk dinar emas khasnya dengan kerjasama dengan pusat zakat diseluruh negara.

Bagi memantapkan lagi usaha ini elok kalau negara kita mempunyai sebuah institute khas yang boleh mendokong pergerakan usaha mengembalikan dinar emas ini. Usaha sedang dilakukan bagi menubuhkan sebuah persatuan pemilik dinar emas bagi memastikan kebajikan pemilik ini diperjuangkan melalui persatuan. Melalui persatuan banyak isu boleh ditangani seperti kebajikan pengguna dinar emas, pembayar dan penerima zakat, pedagang dan pengeluar barang yang mahukan dinar digunakan sebagai alat pertukaran. Ini boleh dilakukan melalui persatuan. Melalui persatuan juga, kursus, seminar dan bengkel dapat dijalankan dan semua ini akan menjadi katalis untuk meningkatkan lagi kesedaran umat Islam terhadap pentingnya usaha untuk merealisasikan ekonomi dinar emas suatu sistem ekonomi sebenar menggantikan ekonomi spekulatif yang ada sekarang

Artikel daripada:
Zuhaimy Hj. Ismail
Jabatan Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai

Monday, March 21, 2011

HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ANSURAN

Dah lama benar tidak sempat updatekan blog ini. Artikel ini saya ambil dari web Amsyiq (Ustaz Hj. Othman bin Hamzah)

Adakah harus membeli emas dan perak dengan cara ansuran. Berbagai pendapat fuqaha’ mengenainya.

Sebahagiannya menganggap emas itu sebgai barang dan sebahagiannya menganggap barangan. Berdasarkan itu berlaku perbezaan pendapat mengenainya. Seperti berikut:

Tidak ada perbalahan fuqaha’ dalam perkara ini., kerana emas dan perak dianggap sebagai barang perniagaan, dan yang harus menjualnya melalui “murabahah” (mengambil untung) dan secara ansuran, kerana ia adalah galian yang telah digabungkan dengan hasil tangan tukang bentuk kerana bentuknya berlaku dengan seni tempa atau seni tangan. Adapun yang diharamkan ditujukan kepada jual emas dan perak asal (yang belum ditempa), maka disana ada perbezaan pendapat fuqaha’ yang disandarkan kepada hadis dhaif yang mengharamkan jualan bentuk ini secara ansuran.

Adakah harus jual emas secara ansur, atau ia mistilah dengan jual tunai, sedangkan sebagaimana diketahui keperluan kepada perkara ini sangat mendesak. Contoh seseorang hendak membeli barangan emas, dan ia telah membuat persafahaman dengan tuan emas supaya pembeli akan memberikannya sebahagian bayaran secara segera dan baki yang lain secara bertempoh.Minta penyelesaian.

Sebahagiannya menjawab:
Maka jual emas dengan bayaran ansur berselisih pendapat fuqaha’ padanya, Sebahagian nya berpendapat tidak harus jual emas dengan bayaran ansur, bahkan mestilah dengan serahan segera, kerana menganggap emas adalah nilai duit. Berbeza sebahagian fuqaha’ yang lain yang berpendapat mengharuskan bayaran ansur, kerana emas sekarang bukanlah sebagai duit, tetapi telah bertukar kepada barang, sedangkan “hukum beredar bersama sebabnya pada wujud dan tiadanya”.

Dan yang awlanya (eloknya) jangan terus kepada jual secara ansur melainkan ketika memerlukan.

Berkata Dr. Mahmud ‘Ukam pensyarah Syariah di Suria:
Harus jual Emas denga harga ansur, berdasarkan ia adalah barang, terutama bila ia dibentuk atau perhiasan. Sesungguhnya perkara ini telah diharuskan oleh bilangan yang tidak sedikit dari fuqaha’ sebagaimana yang disebut kan oleh pengarang “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid”

Dan berkata Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi penyusun “Mausu’ah Fiqhiyyah negara Kuwait:
Emas dan perak tidak harus dijual keduanya dengan duit atau seumpama keduanya daripada emas dan perak melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan, kerana menjual kedua-duanya namanya “saraf” dan syarat sahnya saraf ialah “Serah dalam majlis”

Berkata Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulamak Saudi:
Jumhur ahli ilmu lama dan baru berpendapat kepada melarang perkara tersebut, mereka mensyaratkan padanya apa yang disyaratkan pada duit emas dan perak iaitu serah dalam majlis akad, maka tidak boleh beli dengan bertempoh dau ditangguhkan “beransur”Dan sebahagian fuqaha’ berpendapat kepada mengharuskannya. Mereka menganggap perhiasan emas dan perak terkeluar dari ketegori duit, dan asal duit kepada ketegori barang, dan seterusnya, maka harus menjual dan membelinya dengan bertempoh dan dengan kad kredit. Dan pendapat pertama adalah lebih menyeluruh.

Dan berkata Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi ketua Qism Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar:
Tidak harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah,

kerana itu berkata fuqaha’:
“Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, yang demikian kerana hadis yang sohih yang menunjukkan wajib segera pada menjual emas dan perak. Rasulullah s.a.w bersabda:

لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد

“Jangan kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”

Dr Ali Jum’ah Mufti Republik Mesir berpendapat:
Adapun Emas dan perak yang dibentuk, maka ia terkeluar dari menjadi harga (pengantara untuk penukaran) dan ternafi darinya sebab tunai, yang mewajibkan pada keduanya syarat tunai dan serah, dan yang membawa kesan pengharaman jual bertempoh. Maka ia menjadi seperti barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi “bahawa hukum itu ada bersama sebabnya pada ada dan tiadanya”.

Inilah juga pendapat Imam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainya.

Berkata Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in:
“Perhiasan yang diharuskan menjadi hasil cipta yang diharuskan seperti jenis baju dan barang, bukan dari jenis harga, kerana itu tidak diwajibkan padanya zakat, maka tidak berlaku riba diantaranya dan antara harga, sebagaimana tidak berlaku riba antara harga dengan barang-barang yang lain, sekalipun ia dari bukan sejenisnya.

Maka sesungguhnya bentuk ini terkeluar dari maksud harga dan disediakan untuk diperdagangkan, maka tidak dilarang menjualnya dengan sejenisnya.Berdasarkan apa yang telah lalu, maka sesungguhnya tidak ada tegahan syarak menjual Emas yang telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh. Adapun emas yang tidak dibentuk, maka ia diatas asal tegahan kerana sebab riba.

Soalan:
Seorang perempuan hendak membeli emas secara ansuran kerana tidak cukup bajet, lalu beliau meminta dari penjual emas menjualkan kepadanya secara ansur, lalu ia menimbang dan menyebutkan harganya. Berkata tukang emas kepada perempuan tersebut: “saya akan menjualkannya kepada kamu dengan harga ini dan dan memberi pembayaran secara ansuran,dan aku tidak akan menambahkan harganya walaupun naik harga gram emas”, lalu perempuan tersebut berkata kepadanya: “Aku membeli mengikut harga ini, dan aku tidak menuntut darimu mengurangkan harga bila jatuh harga gram emas, lalu kedua-duanya sepakat menetapkan harga semasa itu. Apakah hukum jualan ini? Adakah harus membeli emas dengan cara ansuran ini.

Jawab:
Tidak harus menjual emas secara ansur, melainkan sekiranya emas sebagai imbalan kepada barangan.Ditanya Syeikh Uthaimin r.h tentang hukum beli emas secara ansur. Maka jawabnya r.h: “Beli emas secara ansur ada dua jenis:

Pertama: Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka mestilah diserahkan lima ribu rial tersebut dalam majlis akad, dan tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”

Kedua: Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum, seperti seorang berkata: “Aku beli darimu emas ini dengan seratus gantang gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, kerana jual disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh.Berdasarkan ini kita nyatakan: “Apabila dijual emas dengan emas maka mestilah dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.

Kesimpulannya

1- Saya cenderung kepada jual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang misti dilakukan secara tunai. Kerana jual beli emas dalam praktik kita disini sebagai barangan, bukannya sebagai harga.

2- Oleh kerana menganggap jongkong emas, dinar dan perhiasan sebagai barangan, maka mengunci harga yang diperaktikkan oleh penjual dan pembeli emas, dianggap jual tempah. beli hari ini, emas ditempah dari pulau pinang atau kelantan memakan masa.

3- Dari segi keselamatan terdedah kepada bahaya sekiranya urus niaga emas dilakukan secara tunai tangan ke tangan sekiranhya jumlah yang besar.Contohnya tentulah tidak selamat urusan jual beli emas di ladang sawit, di estat dan sebagainya.Ini juga dikukuhkan dengan kaedah situasi mempengaruhi hukum.

4- Pun demikian seelok-eloknya diusahakan supaya jual beli emas secara tunai dan tidak bertangguh.

Tuesday, March 1, 2011

Gold Forecast 2011; It starts with a New Year's Rally : Gary Wagner

Here below are some interesting forecast for GOLD in 2011 written by Gary Wagner at Kitco.


A Decade for Gold. This decade will come to be known as the “Gold Rush” of the twenty first century, well at least the beginning of it! Gold compared to almost all other investments, outperformed brilliantly this decade. From a low of 255 per ounce to 1431, gold returned over 550 % in the past ten years. It took six years for gold to double from 250 to 500. It took only three years for gold to double from 500 to 1000. As we close out this decade we are at 1400. We have also been doubling the angle of accent. We are at a 45 degree climb as we bring in 2011. Can gold double again in 18 months? I do not think it is possible, but it would not be an impossible feat. Chart 1 (below) a monthly gold chart shows how the bullish trend has greatly accelerated. Gold has become the new “Currency of Choice”.










Chart 1


A New Year’s RallyWhat could be a better way to end this decade than with a New Year rally. It is my belief that this current rally which began this week is the start of a new bullish run which will take gold to new highs. By March of 2011 gold could be trading as high as 1473, my current target for this wave. Chart 2 below, is a daily candle chart with my Elliot Wave count and most recent projections.






Chart 2


If gold continues to rise in value at this present speed we could see gold trade as high as 1600 dollars per ounce by the first half of 2011. In the last 5 months alone, we have seen a twenty three percent rise from 1150 to 1431. What will gold prices look like in 2020? It is not hard to imagine 2000 or even 3000 dollar gold by then. Only time will tell, but I think the gold rush has just begun. I think this party will last well into the next decade

Gary S. Wagner has been a technical market analyst for twenty five years. He is the executive producer of the daily video newsletter “The Gold Forecast”. He is the Co-author of “Trading Applications of Japanese Candlestick Charting”. A frequent writer for Technical Analysis of Stocks & Commodities magazine, he also Co-developed “The Candlestick Forecaster” software application for market forecasting.