Thursday, November 25, 2010

PERHATIAN

Artikel ini diminta oleh Introducer aku... Bijak Emas... untuk menjelaskan tentang perniagaan jual beli emas yang dijalankan oleh Public Gold...

Gambar ini membuktikan yang jual-beli EMAS di Malaysia adalah bebas dan tidak ada kena-mengena dengan apa-apa Akta melibatkan matawang. Oleh itu anda semua tidak perlu takut atau ragu-ragu kerana kami di Team Bijak EMAS hanya menjalankan aktiviti jual-beli EMAS menggunakan produk daripada Public Fine Gold International Sdn Bhd.



Kami tidak menjanjikan apa-apa pulangan dalam bentuk duit seperti imbuhan/pendapatan/dividen daripada pembelian EMAS kami. Anda akan memperolehi keuntungan dengan menyimpan EMAS kerana harga EMAS meningkat setiap tahun, mempunyai nilai intrinsik dan paling penting EMAS adalah penyimpan kekayaan anda. Anda beli EMAS, anda dapat EMAS. Lebih membanggakan EMAS yang dijual oleh kami adalah lebih murah daripada yang terdapat di kedai-kedai EMAS seperti Poh Kong, Wah Chan & Habib Jewel. Setiap emas keluaran Public Gold mempunyai sijil pengesahan ketulenan daripada Penang Assay Office Sdn Bhd.




Hubungi kami di Team Bijak EMAS untuk maklumat lanjut. Mulakan hari anda dengan memiliki EMAS.


Wednesday, November 24, 2010

EMAS SEBAGAI PENGGANTI KAD KREDIT

Saya yakin banyak orang yang mempunyai kad kredit. Kadang2 satu orang akan ada 1-3 kad kredit. Kadang2 kita tidak mintak pun bank akan hantar juga ke alamat umah kita. Betul kan? Memang benar kadang2 kad kredit ini berguna ketika emergency tapi sedarkah kita sebenarnya banyak kos-kos tersembunyi apabila kita menggunakan kad kredit. Bermula tahun ini, setiap pemegang kad kredit perlu membayar caj RM 50 kepada kerajaan. Tiba2 plak kena bayar pada kerajaan. Huhu. Kalau kita beli barang secara kredit. kalau kita bayar lambat, kita kena finance charges,late payment dan macam2 lagi. Tengok2 betapa senangnya orang lain mahu mengambil wang kita. Macam2 lagi kos tersembunyi yang xperlu saya nyatakan sebab semua org dah tahu.
So tahukah anda semua kita boleh menggunakan emas kita sebagai kad kredit yang diuruskan oleh kita sendiri. Xperlu apply kad kredit dari bank mane2. Dengan menggunakan emas, kita boleh berbelanja ketika perlu dan emergency.


Bagaimana cara ini berguna? Mari kita terangkan lebih mendalam. Kaedah ini boleh digunakan menggunakan sistem pajak di Ar Rahnu. Katakan anda mempunyai 20g emas dan anda amat memerlukan duit untuk membayar duit insurance kereta anda. So anda pajak di Agro Bank dan akan mendapat wang tunai sebanyak RM 2,310. Ambil wang tersebut dan bayar kepada syarikat insurance dan masalah anda selesai. Lihat senang sahaja kan? Anda mempunyai masa selama 1 tahun 6 bulan untuk tebus emas anda tersebut. Anda tidak perlu takut dengan late payment atau finance charge. Tiada bayaran atau denda akan dikenakan kepada anda tiap2 bulan. Anda hanya perlu membayar upah simpan yang amat minima. Anda sendiri yang mengawal kewangan anda. Anda boleh membayar sekiranya anda mempunyai wang simpanan lebih.


Anda boleh mengubah nasib anda dengan bertindak untuk tidak menggunakan kad kredit. Semua sistem kredit hanya untuk menguntungkan pihak bank sahaja. Jangan biarkan Bank mengawal perbelanjaan anda. Bertindak segera. Tukarlah simpanan anda dalam bentuk emas. Banyak faedah dan kegunaannya.

Dipetik dari www.nilaiemas.com

Tuesday, November 23, 2010

Jualan 1 dinar Public Gold

Jualan Penghabisan Stok 1 dinar Public Gold. Harga tetap samaada harga semasanya naik atau turun.... RM645 sekeping sahaja... ada sijil dan masih berbalut. Offer ini sah sehingga stok habis.... Jangan tunggu lama-lama... nanti diambil orang...

Spesifikasi:
Diameter: 18mm
Ketebalan: 0.72mm
Berat: 4.25 g
Logam: Emas (Au)
Ketulenan: 916


Stok cuma ada 10 keping sahaja
jika berminat SMS atau call 012-2635758 (nazim)
saya prefer COD (cash on delivery)... area melaka sahaja...
atau kalau nak di pos... pohon bank in duit dahulu di akaun :
Maybank : 104059000310
PBB : 4709618705
Pos Laju Free...

Apa lagi... bertindak sekarang...
TERKINI SETAKAT 2 DISEMBER 2010...

STOK HANYA TINGGAL 3 KEPING SAHAJA...

STOK YANG HARGA RM645 DAH HABIS... YANG ADA CUMA YANG BERHARGA IKUT HARGA WE SELL....

Kenapa Emas "Public Gold"

Telah diketahui ramai, Emas merupakan logam yang amat berharga dan merupakan lambang kekayaan seseorang. Beli emas dan menyimpan emas perlu dijadikan suatu budaya dikalangan kita orang Melayu kerana dalam keadaan ekonomi sekarang dengan hanya beli emas dan simpan emas mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Namun mungkin timbul dalam hati kita emas apa yang patut kita beli ?. Saya telah membuat pembacaan berkaitan masaalah ini dan akhirnya saya telah menemui jawapan yang menarik. Cara terbaik untuk membeli emas adalah emas dalam bentuk jongkong atau bar dan bukannya barang kemas.

Beli emas dalam bentuk barang kemas adalah sesuai untuk kita pakai dan buat hiasan sahaja namun, untuk keuntungan jangka masa panjang yang maksima beli emas jongkong atau emas adalah yang terbaik. Saya rasa bersyukor bahawa di negara kita sudah ada syarikat yang menawarkan penjualan emas bar untuk simpanan keuntungan maksima ini. Syarikat yang semakin tersohor ini adalah Syarikat Public Fine Gold International Sdn.Bhd yang beribupejabat di Pulau Pinang.

Atas kesedaraan bahawa beli emas dan menyimpannya untuk keutungan maksima jangkamasa panjang ini,saya telah menyertai syarikat ini dan telah menjadi agen pemasar emas bar (Au999.9) dan juga dinar Public Gold (Au916).

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.

Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian dan jualan yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).

Produk yang dijual.
Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9

2. Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.
Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram

2. 50 gram

3. 100 gram

4. 1 kilogram

Sijil ketulenan emas.
Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Bagaimana membeli emas Public Gold?
Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.

Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:

1. 20 gram = RM10

2. 50 gram = RM20

3. 100 gram = RM30

4. 1 Kilogram = RM300

Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.


Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.
Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.

2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas .

3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.

4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).

5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).

6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.

Saturday, November 13, 2010

Analisis Teknikal - dari ebook Jutawanemas

Salam semua....

Hari ini aku nak story skit hasil dari study aku tentang ebook "teknik hebat analisis teknikal pasaran emas" yang aku beli daripada Jutawanemas... mula-mula tu susah gak nak faham... yelah just study direct dari buku tanpa guru kat depan mata kan... nasib baik dalam buku tu diajar step by step dari installation sampai la macam mane nak gune...ok laaa...


dari pemahaman aku ... objektif buku ini adalah untuk mengajar bagaimana kita nak predict tahap ekonomi (atau harga emas laaa)... kite dapat lihat harga emas sebelum2 ini dan macam mane trend nye... kat mane nak lock harga .... kat mane leh start jual... tapi aku lum expert lagi... rasenya kalau pi training yang disediakan tu lagi ok...

Rajah kat atas nie aku dapat dari software Metaformer yang di ajar dalam ebook tersebut... kalau korang lihat dari graph kat atas tu... harga sekarang (dari 13 - 14 Nov 2010) tengah turun... dan dari pemahaman aku ... lepas ni harga itu akan shoot naik ke atas.... tak tau laaa... itu aku punye prediction... kalau korang percaya.... percaya laaa.... kite lihat minggu depan...
Kat bawah nie carta Harga Terkini pada 14 Nov 2010... dah harganye telah static since 13 Nov lagi... dan harga tertinggi yang telah dicatat pada minggu lepas adalah RM3200 untuk 20g PG (Au999.9)



lagi pun aku baru je lock 2 keping 20 g lagi... n kak ipar aku pun setuju untuk jadi dealer dengan lock 10 x 20g PG... TQ kak long....


Nie aku tunjukkan satu lagi graph harga emas since 2007.... cube lihat kenaikannye.... agak2 berape %..... Fikir-fikir kan

Wednesday, November 10, 2010

Harga Emas.... Melambung

Salam...

Harga emas sekarang nie semakin mengganas... 2 hari sudah harganya mencecah RM3191.... untuk 20g PG... masa tu sempat jugak aku jual dengan harga RM3200 (siap upah transportation) ... TQ hairul (pengkalan balak)... tapi tak mustahil ia akan meningkat lagi...walaupun hari ini dah turun sikit kepada RM3170....

tapi yang aku cerita sikit adalah masa mula-mula aku start beli emas yang pertama... masa tu pertengahan bulan ogos... harga masa tu baru RM2790 yang aku beli dari bijak emas... aku mintak tolong dari member aku yang selalu berulang dari Puchong ke Melaka...TQ Razali... coz si bijak emas ni stay kat KL... so terpaksa laa mintak tolong member aku nie... ye laa... baru first time... nak suruh pos... tapi tak yakin... bukan sikit duit tu... hehehe... ni aku attach gambar resit pembelian emas tu...


Cube lihat resit tu.... tarikh nye 19 ogos 2010... harga RM2790.... sekarang??? RM3171 ... berapa bezanya... RM380.... berapa peratus naik... 13.7%.... haaa... sape nak bagi.... 13.7% dalam masa 2 bulan setengah....

So... cube fikir2 kan.... kalau yang kat area melaka.... n nak beli emas.... leh laa call aku (012-2635758)... harga leh ikut harga we sell... kalau nak discount.... leh bincang.... hehehe

Haaa... satu lagi nak tunjuk stock yang aku ade...

Ade 20g PG, 1 dinar, 5 dinar n 2 dirham.... dah banyak nie... terpaksa laa aku simpan dalam safe deposit....

Saturday, November 6, 2010

Stock dah sampai...

At last stock yang ditunggu-tunggu akhir telah diterima... jenuh jugak aku dibuatnye... ape taknye... terpaksa ke sunway semata-mata untuk mengambil buah hati ku itu... dengan ditemani abang aku... ye laa suspen gak ... total semua hampir RM32k tu.... berikut adalah stock tersebut:

1) 6 keping 20gram PG (999.9)
2) 15 keping 1 dinar PG (916)
3) 1 keping 5 dinar PG (916)
4) 10 keping 2 dirham kelantan....

Disamping tu Fitrie (Bijak Emas) telah hadiah kat aku sekeping 2dirham kelantan... yang menjadikan aku terpikat ... terus mintak tambahan 10 keping lagi...

Tapi yang tak best nyer adalah... PG telah hold tempahan (lock) produk depa... so susah laa kalau ade customer nak buat tempahan... ini adalah disebabkan tempahan yang melimpah ruah... sampaikan production depa tak leh cover... katanye minggu depan baru recover...

Tuesday, November 2, 2010

DINAR EMAS (Perhatian: Chedet)



Pagi tadi saya berborak dengan seorang staff Maybank Melaka Main, yang masih ingat lagi muka saya yang pernah beli kijang emas 2 tahun lepas. Ramai orang mendepositkan wang ke bank tempatan berbanding dahulu kerana kurang yaking kepada bank asing. merujuk kepada HSBC.

Saya tany...a stok, hanya 1/4 aun kijang emas sahaja yang tinggal.





Chedet telah menulis tentang Dinar Emas hari ini. Tidak pasti pula, tulisan tentang Dinar Emas oleh CheDet "kebudak-budakan" atau tidak.

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.Belum ada sesiapa nak wawancara saya lagi. Rausyanfikir ada juga masuk siasah

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.setuju

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.Ketika itu, wujudnya sistem tukaran matawang dengan Amerika, tetapi emas masih boleh ditebus dengan pada kadar 35 USD 1 aun. Bretton Wood, masih boleh dikira sebagai "Gold Standard" juga.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.Ketika itu nilai emas sebenarnya bukan 35 USD, namum boleh ditebus dengan 35 USD 1 aun.


Paul Van Eeden menulis:


By 1968, when the London Gold Pool croaked, US gold reserves had declined more than fifty two percent from their 1957 levels. In 1971 US gold reserves were 9,070 tonnes, only seventy-two tonnes more than they had been in 1935. It was clear that thirty-five dollars were no longer worth an ounce of gold. But what should the gold price have been?5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.British adalah negara yang lambat sertai Bretton Wood. Ketika perang dunia ke dua, British telah membelanjakan emasnya untuk membeli senjata dari Amerika.

British juga lambat kembali ke Gold Standard selepas perang dunia pertama. 6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

Ini adalah punca segala malapetaka. Amerika cetak duit lebih untuk perang Vietnam, kemudia tidak mampu lagi nak sediakan emas kalau negara lain tebus.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.Termasuklah negara kita.


8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.Tambahan: Nilai emas ditekan dengan meminjamkan emas daripada simpanan Bank Pusat untuk mencukupkan bekalan emas sehingga emas jatuh. Apabila emas jatuh, USD naik.


9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.Amerika guna "Federel Reserve Notes", British yang guna "Bank Notes".Kedua-dua asalnya menggambarkan emas yang kononnya wujud. Tapi kini Bank Notes dan Federel Reserve Notes tidak boleh tebus emas.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.Apa kurangnya Malaysia.Siapa yang banyak meminjam, dia yang hidup mewah, kereta besar, rumah besar, bini besar.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.Malaysia juga telah menjamin deposit bank sehingga 2010, bailout dari "atas angin"?

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.Siapa ya yang menggalakkan pinjaman kereta, sehingga boleh bayar 9 tahun dan kadar faedah amat rendah?(Pasca 1998)

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.Teringat pada catatan Pakdi yang mengatakan, Insurans juga melabur pada saham dan guna matawang kertas.14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.Mungkin perlu kepada Perjanjian Ala Bretton Wood dahulu kemudian Gold Standard kemudian barulah emas fizikal.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.Dinar emas juga sepatutnya boleh digunakan untuk urusan jual beli benda besar seperti Kambing,Lembu dan Kibas. Itupun kalau ada pesefahaman antara tauke kambing dengan tauke Emas, atau tauke kambing adalah juga tauke emas.


16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.Sebenarnya cukup. Tetapi nilai emas itu akan melonjak berbanding kertas supaya menjadikan ianya cukup.17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.Ya.18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.Ya.Mari kita kira berapa banyak 10 juta dinar itu.

10 000 000 * 4.25g= 425000000= 425000 kg= 425 tan

Tapi rizab emas BNM hanya 36 tan.


19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.no komen 20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.Permintaan terhadap emas perlulah realistik, dan bukannya pembohongan terhadap permintaan emas.Langkah awal yang saya kenal pasti untuk mencari bahan dagangan yang boleh dijual beli dengan emas, seperti Kambing Husam Musa.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.Che Det ketika bersara dulukan Menteri Kewangan I, tidak tahukah rizab emas Bank Negara hanya 36 tan? Emas telah digunakan untuk selamatkan krisis kewangan 1998, tanpa diganti.

Sandarkan Setiap Sen Yang Di Belanjakan Dengan Emas



Artikel ini diambil dari web pelaburjutawan




Pada posting yang lepas saya telah mendedahkan bahawa wang yang kita perolehi hasil titik peluh selama kita bekerja ini sebenarnya adalah wang fiat (iaitu wang yang tidak disandarkan dengan emas).

Ianya langsung tidak bernilai bahkan ianya masih kekal digunakan pun hanya kerana ianya masih diterima oleh para pengguna (kita semua) sebagai medium pertukaran.

Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas.

Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!




Caranya?

Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.

Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.



Rasionalnya?


1- Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, Motosikal & etc)

Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.

Anda hanya perlu maintain upah simpan 6bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!. Rujuk posting disini.


2- Modal Perniagaan

Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!

Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.

Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan oleh emas!!!


3- Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)

Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya.

Apakah pelaburan hartanah tiada risiko?Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!




Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!

Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan seperti peristiwa 9/11 cthnya, jika anda mempunyai hartanah di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas sebanayk 9% dan perak 11% pada hari itu!!


Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan anda.

Semoga anda dapat mengambil iktibar hasil dari tips ini, dan jangan berlengah lagi, hubungi saya sekarang dan beli emas sebanyak mungkin sebelum ianya mencecah $ 2,000 per oz pada hujung tahun hadapan!!