Wednesday, November 24, 2010

EMAS SEBAGAI PENGGANTI KAD KREDIT

Saya yakin banyak orang yang mempunyai kad kredit. Kadang2 satu orang akan ada 1-3 kad kredit. Kadang2 kita tidak mintak pun bank akan hantar juga ke alamat umah kita. Betul kan? Memang benar kadang2 kad kredit ini berguna ketika emergency tapi sedarkah kita sebenarnya banyak kos-kos tersembunyi apabila kita menggunakan kad kredit. Bermula tahun ini, setiap pemegang kad kredit perlu membayar caj RM 50 kepada kerajaan. Tiba2 plak kena bayar pada kerajaan. Huhu. Kalau kita beli barang secara kredit. kalau kita bayar lambat, kita kena finance charges,late payment dan macam2 lagi. Tengok2 betapa senangnya orang lain mahu mengambil wang kita. Macam2 lagi kos tersembunyi yang xperlu saya nyatakan sebab semua org dah tahu.
So tahukah anda semua kita boleh menggunakan emas kita sebagai kad kredit yang diuruskan oleh kita sendiri. Xperlu apply kad kredit dari bank mane2. Dengan menggunakan emas, kita boleh berbelanja ketika perlu dan emergency.


Bagaimana cara ini berguna? Mari kita terangkan lebih mendalam. Kaedah ini boleh digunakan menggunakan sistem pajak di Ar Rahnu. Katakan anda mempunyai 20g emas dan anda amat memerlukan duit untuk membayar duit insurance kereta anda. So anda pajak di Agro Bank dan akan mendapat wang tunai sebanyak RM 2,310. Ambil wang tersebut dan bayar kepada syarikat insurance dan masalah anda selesai. Lihat senang sahaja kan? Anda mempunyai masa selama 1 tahun 6 bulan untuk tebus emas anda tersebut. Anda tidak perlu takut dengan late payment atau finance charge. Tiada bayaran atau denda akan dikenakan kepada anda tiap2 bulan. Anda hanya perlu membayar upah simpan yang amat minima. Anda sendiri yang mengawal kewangan anda. Anda boleh membayar sekiranya anda mempunyai wang simpanan lebih.


Anda boleh mengubah nasib anda dengan bertindak untuk tidak menggunakan kad kredit. Semua sistem kredit hanya untuk menguntungkan pihak bank sahaja. Jangan biarkan Bank mengawal perbelanjaan anda. Bertindak segera. Tukarlah simpanan anda dalam bentuk emas. Banyak faedah dan kegunaannya.

Dipetik dari www.nilaiemas.com

No comments:

Post a Comment