Monday, November 7, 2011

Offer terkini sempena Raya Qurban...


Salam... ada 5 keping 20g PG untuk diletgo dengan harga RM3820/pc.... leh tengok gambarnya...

Haa... murah tu... harga terkini 20g leh tengok kat sebelah tu...
offer ini valid sehingga harga we buy RM3750... kalau berminat leh contact saya sebelum habis di ngap oleh jerung2 diluar sana...

Tuesday, November 1, 2011

Jualan Murah Sempena Menyambut Idul Adha

Jualan sempena menyambut Hari Raya Qurban... ade sedikit offer. Item seperti di bawah, iaitu 1 dinar Public Dinar.

Harga ditawarkan adalah Harga PG Sell - 2%. dengan kata lain anda akan memperolehi komisen seperti Master Dealer...

Contohnya lihat gambar di bawah

Contoh pengiraan

Harga 1 Dinar terkini PG Sell (2 Nov 2011 jam 9.35am) adalah 788, So harga tawaran saya adalah 788 - 2% = 788-15.76 = 772

Kepada yang berminat leh sms ke HP saya 012-2635758

wassalam

Tuesday, October 11, 2011

Update Harga

Ok... blog ini telah diupdate untuk mengetahui harga terkini Public Gold...

Monday, October 10, 2011

PERHATIAN

terdapat sedikit masalah dengan harga emas Public gold yang dipaparkan disebelah.... seolah2 emas tersebut boleh diperolehi dengan percuma ... huhuhuh...

Oleh yang demikian kepada para pelanggan yang hendak mengetahui harga terkini emas di Public Gold... boleh laa melayari www.publicdinar.com.my

Segala kesulitan amat dikesali...

Wassalam

Tuesday, August 9, 2011

12 Sebab Kenapa Orang Tak Kaya-Kaya



Artikel ini takde related dengan gold directly... tapi kalau takde duit... macam mana nak beli gold kan???...so memang best laa baca...aku terbaca dari satu web orang lain.. http://www.faridadam.com/2010/07/12-sebab-kenapa-ramai-orang-tidak-kaya.html... credit kat dia coz share something yang kita tau... tapi tak nak buat...





1. Mereka tidak pernah membuat satu keputusan yang hakiki, spesifik, tepat tentang apa makna dan bagaimana cara mencapai kekayaan bagi mereka. Umpama ingin membuat kereta akan jadi susah dan mungkin tak menjadi langsung jika tidak tidak ada sketch plan dulu. Ok, buat sketch plan, define it and go for it.




2. Buatlah satu target, atau gol yang measurable and then stick to the target. Make it happen. Sehinggalah anda benar2 mencapainya. Jangan ubah sehingga anda benar2 mencapainya. Wahh..bila dah tercapai, anda akan rasa…wow!! Hebatnya diri ini. Rasa puas sangat. Perkara ni akan nampak, bila anda buat satu kerja, susah bagi anda, tapi anda tak pernah putus asa, dan terus melakukannya. Bila berjaya, anda akan rasa puas sangat. Cubalah kalau tak caye.




3. Memang benar yang mereka nak kaya tapi selalu letak matlamat yang jauh sangat nak capai. Contohnya, kita baru pandai buat kek, terus nak buat perniagaan jual kek dengan untuk dapat 5 ribu sehari. Wah, hebat sungguh cita-cita! Memang bagus. Tapi mampukah kita yang baru hari ini belajar buat kek, pastu terus nak jual dengan keuntungan yang begitu besar dalam masa sehari? Bimbang nanti, anda tak dapat capai, anda kecewa dan terus tak buat. Sebenarnya, pepatah Inggeris ada mengatakan, you only achieve what anda believe. Kalau anda percaya dengan yakinnya dengan kebolehan dan kepakaran yang anda ada dapat menjamin cita2 anda tercapai, go ahead la. Tapi, ingatlah juga yang kita kena lakukan step by step dengan strategi yang betul.




4. Yang ketara sekali, mereka tidak pernah bermula. Mereka sebenarnya hanyalah berangan2 jika tidak melakukan apa-apa. Angan-angan tersebut akan jadi kenyataan jika ia dimulakan. Cakap je banyak, buatnye tak. Kena mula buat. Jangan tangguh-tangguh lagi. Semakin lama kita tangguh, kita jadi down dan tak bersemangat serta terus memberi alasan untuk tidak memulakan. Akhirnya, tak bermula langsung. Ni lah masalahnya.




5. Mereka tidak meletakkan perkara-perkara yang mesti dilakukan untuk kaya sebagai satu perkara wajib untuk dilakukan. Mereka jadikan perkara tersebut sebagai perkara "kalau tak buat pun tak pe.kalau buat pun o.k.". Mentaliti tidak cemerlang. Tiada pendirian yang tetap dan konsisten untuk menjadikannya sebagai satu realiti. Jadi, persepsi begini tidak akan mengkayakan mereka. Seluruh tenaga, cita-cita , hasrat, impian perlu dijadikan satu jasad, satu roh. Kita hendaklah benar2 passionate dalam melakukan sesuatu, walau apa jua halangan. Halangan tersebut perlulah dilihat sebagai cabaran yang mesti kita hadapi. Kalau ada yang nak lari atau keluar dari masalah, itu namanya tak berani, penakut. Jika emosi anda bertindak bertentangan dengan dengan keinginan dan cita-cita anda, pastikan keinginan dan cita-cita tersebut jadi keutamaan. Take it easy.




6. Mereka tidak mempunyai plan yang realistik. Jika anda ingin melakukan sesuatu, pastikan bagaimana cara ia perlu dilaksanakan oleh orang yamg berjaya sebelum ni. Jika perlu, anda hanya perlu duplicate apa yang diberitahu dan dilakukan oleh yang berjaya. Bukan apa, mereka yang telah berjaya telah banyak melalui ranjau berduri. Mereka telah menyediakan short cut unutk kita berjaya. Why not duplicate sahaja? Walaubagaimana pun, kita hendaklah melakukan dengan realistic. Jangan pula mengikut membabi buta.kita juga perlu ada pertimbangan sendiri.




7. Jika mereka mempunyai perancangan yang strategik dan realistik, mereka tidak pernah follow through plan tersebut. Maknanya tidak mengikut sebagai mana yang dirancangkan. Hanya hangat2 tahi ayam. Jadi, jika anda sendiri yang tidak mengikut plan yang anda buat, siapa lagi?




8. Mereka meletakkan atau memberi tanggungjawab kepada orang lain . Mungkin orang lain tersebut pakar dalam perkara tersebut. Contohnya, kita suruh orang lain kira akaun syarikat kita. Yes, memang betul, tapi sekurang2nya kita mengetahui bagaimana pengiraan tersebut dilakukan. Jangan menyuruh dengan membabi buta sahaja. Jika berlaku kegagalan, mereka tidak pernah belajar kenapa ia terjadi.




9. NEVER NEVER GIVE UP!!!!. Mereka adalah golongan yang tidak pernah berputus asa dengan kegagalan mereka. Percayalah, jangan berputus asa. Sesungguhnya Allah ada bersama kita. Ledakkan keberanian dalam diri untuk menghadapi segala cabaran. Dalam surah Luqman ayat 17 Allah berfirman yang bermaksud, "Bersabarlah atas apa yang menimpa kamu." Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam perkara yang diwajibkan oeh Allah. Kerana dalam setiap perkara yang kita lakukan, mudah atau susah, Allah akan uji kita, bukan untuk menyusahkan kita. Bahkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan mantap gitu. Thomas Edison pernah berkata "Jangan menganggap kegagalan sebagai satu kesilapan, tapi ia adalah satu pendidikan". Sentiasa berhadapan dengan cabaran kerana ianya satu pembelajaran untk menjadikan diri lebih hebat. Mereka tahu bahawa dengan hanya akan berjaya jika mereka menghadapi cabaran2 tersebut. Selepas cabaran tersebut berakhir, maka mereka pasti akan menemui kejayaan.




10. Mereka gagal untuk mengendalikan hidup mereka sebagai satu perniagaan. Mereka tidak pernah pastikan bahawa mereka sepatutnya menghasilkan keuntungan setiap tahun. Mereka gagal untuk jadikan perbelanjaan harian mereka sebagai satu bisnes. Contohnya, jika membeli sesuatu barang, mereka tidak memikirkan kepentingan atau keperluan untuk membeli barang tersebut. Mesin beli aje. Kalau saya tanya anda semua ni, ada tak kita catat duit keluar masuk kita SETIAP HARI? Orang kaya adalah orang yang berfikir hala tuju ke mana wangnya keluar masuk. Dan mereka akan pastikan bahawa ianya seimbang.




11. Mereka mudah dipengaruhi oleh pendapat atau idea orang lain sehingga membuat keputusan secara tidak rasional. Sebenarnya, orang lain sentiasa tidak pernah setuju dengan pendapat atau idea kita lebih2 lagi jika idea tersebut adalah bagus. MEREKA MUNGKIN ADALAH SEORANG YANG NEGATIF yang ingin menjatuhkan anda. Mereka muungkin di kalangan keluarga anda sendiri dan sahabat handai yang terdekat. Anda perlu biarkan apa yang mereka nak kata. Biarkan mereka mempunyai hak tersebut. Jangan pula feel bad tentang mereka. Mereka berkata begitu kerana mereka tidak faham atau kurang arif tentang apa yang kita lakukan. Biarkan mereka dengan cara mereka, kita dengan cara kita.




12. Mereka tidak mendapat coach atau mentor yang dapat membimbing mereka. Perkara ini sangat-sangat penting. Dapatkan bantuan orang yang pakar dalam bidang yang anda ingin ceburi. Dapatkan mentor anda. Cikgu atau pensyarah di sekolah atau universiti anda tidak dapat untuk mengajar anda semuanya. Anda tidak dapat panduan sepenuhnya dari mereka. Sebenarnya, perkara yang paling sukar adalah untuk meletakkan diri kita untuk sentiasa belajar dan jadi pelajar yang teachable. Orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa menghadiri seminar, baca buku, menyertai kumpulan perniagaan, cari mentor yang berjaya.




Inilah dia sebab2 kenapa orang tak kaya. Semua ni saya petik dari beberapa buah buku yang saya baca. Hopefuly dapat share dengan korang semua. T.q wassalam

Sunday, August 7, 2011

Simpan lah EMAS sebelum terlambat....

Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas!

Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu!

Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini...bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita... Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan...

Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata: Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]

Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya...memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011.

Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang!

Ini saja yang sempat saya kongsikan bersama pembaca semua...terpulang untuk mempercayainya atau tidak...saya bukanlah dari background ekonomi, sasterawan, mahupun ahli sejarah...
Sumber dari http://keropokemas.blogspot.com/2011/08/simpan-emas-berbaloi-baloi.html

Tuesday, May 10, 2011

Sistem Gadaian di Pusat Pajak Gadai – Memahami Sistem Riba

Artikel ini dipetik dari Facebook Syazwan Madihah

Kini, dalam keadaan ekonomi duit kertas makin hari makin hilang nilai, timbul satu isu besar yang menjadi kegemaran segelintir pemain-pemain emas di sekitar nusantara (Malaysia dan Indonesia)



Isu ini adalah dengan mencari keuntungan dari kaedah pajak gadai di pusat-pusat pajak yang terdapat di serata tanah air.



Sebelum kita beralih kepada topik hukum dan akibat, mari kita melihat satu contoh yang diambil dari sebuah laman berkaitan bagaimana membuat gadaian di salah sebuah pusat pajak di malaysia (arrahnu).

—————————

Harga Emas di A*** Bank:- 999.9 = RM126.00/gram 916.0 = RM115.50/gram

Beliau menggadai:-



50 gram X 1 keping
20 gram X 2 keping
1 Dinar X 6 keping
First time menggadai:- Anda akan dapat 60% sahaja pinjaman.



Kali ke-2 dan seterusnya:- Anda akan dapat 70% sahaja pinjaman



Beliau menggadaikan 1 Dinar dahulu untuk mencukupkan syarat gadaian pertama. Selepas itu,Emas-Emas yang lain dah boleh dapat 70%!



Trick ini dipelajari dari ……..





Pengiraan:-

Gadaian pertama:

1 Dinar = 4.25 gram

Nilai Marhun: 4.25 gram X RM115.50 = RM490.87

Pinjaman: 60% X RM490.87 = RM 294.00

Upah Simpan: (RM490.87/RM100) X RM0.60 = RM2.94/bulan Murah!





Gadaian kedua:-



1 Dinar:-

Nilai Marhun: 5 X 4.25 X RM115.50 = RM 2,454.375

Pinjaman: 70% X RM2,454.375 = RM1,718.06

Upah Simpan: (RM2454.375/RM100) X RM0.70 = RM17.18/bulan



20 GRAM X 2 + 50 GRAM:-

Nilai Marhun: 90 gram X RM126.00 = RM11,340.00

Pinjaman: 70% X RM11,340.00 = RM7,938.00

Upah Simpan: (RM11,340/RM100) X RM0.70 = RM79.38/bulan

Jumlah Pinjaman: RM9950.00

Jumlah Upah Simpan: RM99.50/bulan



( secara detail bagaimana ianya boleh dibuat untung, kalian boleh rujuk http://www.berkebunemas.net/ )



———————————————-





Perbincangan Hukum



Gambaran secara sederhana transaksi invesmen emas tersebut adalah sistem beli gadai.



Kita beli emas dikedai emas kemudian kita gadaikan ke bank/arrahnu, setelah terima wang dari bank kita belikan emas lagi terus kita gadaikan lagi.



Kemudian pada saat harga emas tinggi kita tebus emas tersebut dari bank kemudian kita jual. Dari sistem tersebut jelas bahwa kita menggadaikan emas.



Ini bererti kita hutang ke bank dengan jaminan emas, adakah bunganya….?



Tentu saja ada meskipun dengan istilah yang berbeza, namanya pembiayaan sewa, pembiayaan bulanan, kos pemeliharaan/upah jaga, dan lain-lain (terserah sebutan mereka), bukankah mengambil keuntungan dari pinjam-meminjam disebut riba?





Mereka mengambil upah/kos menyimpan, sedangkan di dalam akad, mereka berhutang/gadai barangan mereka.



Dari manakah kita ingin mengetahui bahawa mengambil manfaat dari orang yang diberi hutang adalah riba?





Mari kita cuba merujuk pada hadis-hadis Nabi.





Abu Burdah ibn Abi Musa berkata : aku telah datang ke Madinah dan telah bertemu dengan Abdullah ibn Salaam (Rabbi yahudi yang telah memeluk islam) yang mana beliau berkata : Kamu (sekarang) hidup di negara yang mana riba adalah berleluasa, jika seseorang berhutang kepada kamu seseuatu dan memberikan kamu seberkas jerami, atau seberkas barli atau seikat jerami , jangan kamu menerimanya kerana ia adalah Riba. (Bukhari)





Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah bersabda : Jika kamu memberikan kepada seorang kelaki pinjaman dan dia menjemput kamu makan, janganlah makannya, kerana ia adalah RIBA! Tetapi bila dia menjemput kamu sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh makan. Dan sekali lagi baginda bersabda : jika kamu memberikan seseorang lelaki pinjaman dan dia menjemput kamu menunggang di atas binatangnya, jangan kamu mengambilnya kerana itu adalah RIBA! Tetapi jika dia menawarkan kamu menunggang di atas binatangnya, sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh menerimanya. (Sunan Albayhaqi)





Anas bin Malik juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : jika seorang lelaki memberikan pinjaman pada seseorang,dia tidak sepatutnya menerima hadiah (dia tidak boleh terima hadiah dari penghutang dalam keadaan hutangnya masih tidak dilangsaikan,tetapi dia boleh apabila pinjaman tersebut sudah dibayar kepadanya) (Bukhari)





Fadalah ibn Ubayd berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda : keuntungan (imbuhan/kelebihan/manfaat ) yang didapati sesuatau pinjaman adalah satu dari kepelbagaian aspek dari RIBA. (Sunan Al-bayhaqi)





Kesimpulan dari 4 hadis di atas :





1 – Kehidupan di Madinah pada permulaan islam di sana penuh dengan ruang-ruang riba, dijelaskan bagaimana riba boleh terhasil oleh sahabat nabi Abdullah bin Salam (seorang ulama yahudi yang arif tentang selok belok riba).



2 – Orang yang berhutang tidak boleh memberi makan , mengajak pemberi hutang naik kenderaan sekali , memberi hadiah dan segala bentuk pemberian dalam keadaan hutang masih tidak dilangsaikan terlebih dahulu.





Ini mengelakkan si pemiutang mengambil kesempatan ke atas orang yang berhutang di atas kemurahan hatinya dalam memberikan hutang kepada yang berhutang.





Sistem spekulasi


Dari sistem tersebut kita tahu juga bahwa ada sifat spekulasi dalam transaksi tersebut, kalau harga emas naik berarti untung, kalau harga emas turun berarti rugi, meskipun kecenderungan harga emas naik, tetapi tidak ada yang dapat memastikan akan selalu naik.



Contohnya, kalau beli Dinar dari dia, orang tersebut boleh menjual balik Dinar kepada dia. Cuba lihat implikasi kepada proses ini.



Promosi permulaan ialah menggalakan orang membeli Dinar atas alasan untung simpan Dinar, beli murah selepas itu bila harga naik jual balik. Itu adalah teori mana-mana buku pelaburan (investment) iaitu buy low, sell high. Jadi orang membeli dengan harapan harga naik nanti mereka akan jual.



Tidakkah ini sama dengan orang akan beli disebabkan “betting” atau “speculate” yang harga akan naik? Bukankah ‘betting’ dan ‘speculating’ menyamai perjudian?



Perlu diingatkan terdapat satu garis halus yang membezakan pelaburan dan perjudian.

Yang pertama membuatkan anda mendapat rezeki yang halal dan yang kedua menyebabkan anda menyuap makanan kepada keluarga dengan pendapatan yang haram.





Ini tidaklah boleh diambil mudah dan ditutup sebelah mata semata-mata kerana keuntungan membeli dan menjual Dinar. Adakah wajar kita terapkan unsur perjudian dalam perjuangan Dinar?





Sekiranya ini berterusan, bukannya kita menjadi umat yang semakin mulia dan kuat dari segi ekonomi, malah kita akan menjadi umat yang lebih tersesat, terlalai dan tamak.





Apakah islam membolehkan spekulasi? Yang pasti diuntungkan adalah bank, kerana bank mendapat bunga dari transaksi tersebut. Dan pemilik emas hanya boleh menanti dari tahun ke tahun mengharap harga emas naik sambil menanggung pembiayaan/kos bulanan (bunga) yang harus dibayar. Menurut saya kalau mahu simpan emas, simpan sahaja dalam bentuk dinar.





Sejatinya yang terjadi pada bekebun emas hanyalah menghutangkan sejumlah emas, atau menghutangkan sejumlah wang dengan memberikan sejumlah bunga (ditukar nama sebagai kos simpan). Tidak diragukan itu adalah riba.





Terlebih lagi bila diingat bahwa emas dan wang adalah alat tolok ukur nilai barang, dan sebagai alat transaksi, dengan demikian bila wang dan emas digadaikan dengan mengambil keuntungan maka tidak diragukan itu adalah riba.





Ditambah lagi “GADAI” hanya ada bila ada piutang, tidak mungkin ada gadai bila tidak ada piutang. Kerananya, setiap keuntungan yang didapat dari gadai adalah bunga dan itu HARAM. (kos simpan itu adalah keuntungan yang dapat dari gadai emas)





Tetapi menggadaikan haiwan ternak yang memerlukan perawatan, maka bila pemilik haiwan ternak tidak memberi kos makan kepada ternaknya, maka pemberi piutang/penerima gadai haiwan berkewajiban memberi makan. Dan sebagai gantinya ia dibolehkan mengambil susu, atau menunggangi haiwan tersebut seharga makanan yang ia keluarkan, tidak lebih dan tidak kurang. Dengan demikian tidak ada keuntungan.





Kes berkebun wang atau gadai di Arrahnu ( yang selalu didengari istilah rempit di arrahnu) ini semakin mengingatkan kita bahwa umat kita benar-benar telah mengekori umat Yahudi yang melanggar aturan dan syari’аt Allah dengan sedikit tipu daya dan mencari akal.





Ingatlah satu pesanan Nabi

dari Jabir :

Rasulullah melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah. (riwayat Muslim)




Allah telah berkata, Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.




skang ni, orang menjadikan gadai sebagai perniagaan, sedangkan hutang bukan jual beli.



Hakikat hari ini, orang yang menggadai dikaburi dengan perkataan ”kos simpan/upah simpan” yang sebenarnya kalau dalam istilah perbankan sendiri adalah bunga/interest/dividen..




Jika anda sudah ada dinar,sama ada anda menyimpannya atau menggunakannya.

Usahlah terikut-ikut dengan keuntungan sementara yang menipu.



Kita sudah tersesat dengan perbankan Islam, mahukah kita terus menerus disesatkan dalam bab Dinar?





Sekadar ingat-ingatan buat kita dalam menempuh dunia akhir zaman ini.



Mari kita ingat bahawa kehidupan kita hanyalah mencari keredhaan Allah.

Dengan menjauhkan riba mendapat keredhaan Allah, lebih baik dari keuntungan yang sedikit di atas dunia ini.



Hasbunallahu wa ni’mal wakil



—————————————–



Jika teguran ini benar, maka mari sama-sama kita bersyukur kerana kita beroleh peringatan, moga Allah lapangkan rezeki kita dari jalan yang lain, jauhkan diri dari terlibat lagi dalam peristiwa ini.

Jika teguran ini punyai kesilapan dan ayatnya keras, teguran dari kalian diperlukan